الخبر والانشاء (البلاغة)

Haii Assalamualaikum semua 😊
Harini saya nak share skit pasal ilmu balaghah الخبر والإنشاء   ..

Apa itu  الخبر
Kalau dilihat kepada perkataan itu sendiri (الخبر) , ia membawa maksud khabar. Maka, الخبر  adalah suatu khabar atau pemberitahuan tentang suatu berita atau maklumat atau apa-apa sahaja perkara kepada orang lain.
Dengan tujuan? Supaya orang tahu dan percaya dengan apa berita yang kita sampaikan.
Namun, berita yang disampaikan adakalanya betul, ada yang tak betul. Ada yang benar, ada yang palsu. Ada yang fakta, ada yang auta.
Jadinya,
"  , "القول الذي يحتمل الصدق والكذب لذاتهالخبر بمعنى الخبر
الخبر  ialah “kata-kata yang membawa (maksud) benar dan palsu”
Jika diteliti lagi, الخبر tidak menuntut kepada apa-apa tindakan sejurus selepas khabar itu diberitahu. Kalau kita lihat kepada contoh ini,
ذهب أحمد إلى المسجد
Maksudnya, Ahmad telah pergi ke masjid. Ini adalah satu contoh bentuk khabar. Adakah kita perlu bertindak atau melakukan apa-apa selepas mendapat khabar ini?
Tidak, Kita hanya perlu dengar dan percaya dengan khabar yang diberitahu.
Meskipun begitu, masih ada juga individu yang tidak mempercayai khabar itu. Sebagai contoh,
قرأ زيد الكتاب في الغرفة
Benarkah Zaid yang membaca buku? Atau bukan Zaid?
Buku atau majalah yang dibacanya?
Boleh percayakah Zaid membaca buku di dalam bilik?


Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul. Daripada persoalan-persoalan ini, maka wujudlah satu lagi skop ilmu di bawah tajuk الخبر yang kita namakan sebagai  اسلوب الخبري .
Apa itu اسلوب الخبري  ? atau ia juga lebih dikenali dengan istilah.اضرب الخبر  .
Ini adalah satu ilmu tentang penambahan satu atau lebih huruf penguat
(ادوات التوكيد) atau tiada sebarang huruf penguat tersebut. Apa fungsi huruf penguat ni? Ha, ia adalah untuk menguatkan sesuatu khabar atau pemberitahuan supaya pendengar lebih mempercayai berita tersebut!
Contoh huruf penguat yang lazim digunakan adalah seperti berikut :
ادوات التوكيد : أنّ / إنّ / لام الابتداء / (ل+الفعل المضارع) / قد / القسم(والله- تالله-بالله) / نون التوكيد
Baik, kembali kepadaالخبر  اضرب  , ada tiga bahagian, seperti dalam gambar rajah di bawah :



Merujuk kepada rajah itu :
1) Pertama, الإبتدائي . bagi kategori ini, ia tidak perlu kepada kata penguat ادوات التوكيد) )
Hal ini kerana seseorang individu mempercayai khabar yang disampaikan tanpa banyak soal . ini kita namakan sebagai خالي الذهن .
2) Kedua,  الطلبي . jenis ini hanya perlu kepada satu sahaja ادوات التوكيد
Ini kerana pendengar berita atau maklumat itu berasa ragu-ragu dengan berita tersebut المتردد . maka wajarlah diletakkan satu kata penguat untuk menguatkan berita tersebut supaya pendengar lebih mempercayainya.
3) Ketiga الإنكاري . bagi kategori ini, ia perlu kepada lebih daripada satu    ادوات التوكيد . ini kerana penerima berita tersebut enggan mempercayai berita yang disampaikan ( المنكر)

Begitulah ketiga-tiga bentuk uslub khabari yang perlu kita fahami dan amati. Balik semula kepada yang asal, khabar tidak perlu kepada sebarang tindakan . berbeza dgn الإنشاء. haa, jadi, apa pula insya’ ?












الإنشاء  adalah lawan kepada khabar. Maka الإنشاء bukanlah suatu khabar. Namun الإنشاء terbahagi kepada dua bahagian. Dan setiap satunya terbahagi kepada lima pula. Maka jelaslah bahawa الإنشاء lebih banyak cabangnya berbanding alkhabar tadi.
Bahagian الإنشاء :



Kiranya الإنشاء ni lebih kepada penggunaan uslub / perkataan tertentu . lebih terperinci jika nak dibandingkan dengan alkhabar yang lebih umum untuk menyatakan apa-apa sahaja khabar tanpa perlu kepada uslub/perkataan tertentu. Berikut merupakan maksud bahagian-bahagian الإنشاء dan uslub-uslub yang lazim digunakan bagi bahagian tersebut :



perkataan maksud Uslub yang lazim digunakan
الأمر Suruhan/perintah Apa-apa sahaja suruhan (fi’il amar)
Conton: اجلس/اقرأ/قم/انظر
Dan banyak lagi
النداء Seruan يا
التمني Harapan(yang mustahil akan tercapai) ليت
الإستفهام Kata tanya(berbentuk soalan) Apa-apa kata tanya
Cth: كم/من/متى/اين/لماذا/كيف/ما/هل
النهي Larangan Segala bentuk larangan (kebiasaannya sebelum fi’il ada لا)
Contohnya :
لا تلعب/لا تأكل/ل تفتح/لاتشرب
Dan banyak lagi
المدح pujian نعم
التعجب Kagum/takjub Apa-apa yang menggunakan wazanافعل  ما
Contohnya : ما اجمل/ما اكبر/ما احسن
القسم Sumpahan(bersumpah) والله
الذم Krjian/penghinaan بئس
الترجي Harapan(yang tak mustahil bolrh tercapai) عسى/لعل



Comments

Popular posts from this blog

Menghadiri ceramah di masjid UKM